Lawatan ke Cambridge, UK Buka Mata Kami

Lawatan ke Cambridge, UK Buka Mata Kami
SIARAN OLEH shiqah July 11, 2019 Berita

KLC dijemput untuk menghadiri persidangan kepimpinan tahunan "Asia Preparation Centre Leadership Conference Cambridge UK" selama 4 hari yang dihoskan oleh Ibu Pejabat Cambridge Assessment English di United Kingdom.

HARI PERTAMA

Lawatan ke Asia Preparation Centre Leadership Conference Cambridge, UK 

KLC dijemput untuk menghadiri persidangan kepimpinan tahunan "Asia Preparation Centre Leadership Conference Cambridge UK" selama 4 hari yang dihoskan oleh Ibu Pejabat Cambridge Assessment English di United Kingdom.

Sebanyak 9 buah negara Asia telah dijemput untuk menghadiri sesi itu termasuklah Malaysia, Singapura, China, Rusia, Vietnam, Bangladesh dan beberapa buah negara lain. KLC adalah satu-satunya wakil bagi Pusat Persediaan Peperiksaan Cambridge dari Malaysia.

Pelbagai ilmu serta input yang dapat kami perolehi sepanjang persidangan ini berlangsung.

HARI KEDUA

Kami diberi peluang untuk melawat pusat logistik Cambridge Exam di mana, di sinilah kesemua kertas-kertas peperiksaan Cambridge English, IELTS, Alevel dan O Level dari 180 buah negara di hasilkan. 

Dengan teknologi moden bertaraf dunia, sebanyak 2,200 kertas peperiksaan dihasilkan dalam masa hanya 1 jam! 

Hebat bukan? Kami semua kagum dan sangat-sangat terinspirasi dengan kepesatan teknologi di sini!

HARI KETIGA

KLC telah dijemput untuk mengambil bahagian dalam persidangan kepimpinan tahunan yang dianjurkan oleh Cambridge Assessment, UK ✨

Wakil dari pelbagai negara dibawa melawat ke Pusat Pengedaran Peperiksaan Cambridge, Cambridge Press, dan Jabatan Penerbitan Peperiksaan Cambridge.

Tahukah anda, Cambridge University Press adalah salah satu universiti tertua di dunia. Ia ditubuhkan pada 1534 dan mempunyai sejarah selama 485 tahun! 

Pada dasarnya, Cambridge University Press adalah sebuah badan amal yang terlibat dalam pendidikan.

Hari ini, Cambridge University Press menerbitkan lebih daripada 2,000 penerbitan cetakan dan elektronik dalam masa setahun. Ia menjadikannya salah satu penerbit cetakan pendidikan dan akademik terbesar di dunia! 

HARI KEEMPAT

Kami sangat bertuah kerana dapat bertemu empat mata bersama wakil-wakil dari 8 jabatan utama Cambridge Appraisal & Publishing House.

Untuk pengetahuan anda, Universiti Cambridge adalah universiti kedua yang tertua memperjuangkan bahasa Inggeris dan juga merupakan universiti keempat tertua di dunia. Wah! Dah 810 tahun!

University of Cambridge adalah universiti penyelidikan awam yang terkenal dengan sistem kolej yang diwujudkan sendiri. Universiti ini mempunyai 31 buah kolej di bawahnya. Kami turut berpeluang untuk melawati salah sebuah kolej di sana.

Pada hari terakhir kami di sana, satu majlis makan malam eksklusif telah diadakan untuk meraikan kami semua.

Antara yang turut hadir pada majlis itu adalah Fran Woodward, Ketua Pegawai Eksekutif Cambridge Assessment English, Mark Johnston, CEO Global, dan Andy Page, Pegawai Perkhidmatan Pelanggan Global.

 

 

 

 

 

 

 

BERITA YANG DISYORKAN

ARTIKEL TERKINI

---
---

October 11, 2019

English language skills
English language skills

September 30, 2019

reading lifetime
reading lifetime

September 27, 2019

listening skill
listening skill

September 27, 2019

BERITA TAG

Berita

SHARE

Your Browser Does Not Support !

Upgrade to Chrome Upgrade to Edge