Yu Tong Dah Mula Minat Membaca

Yu Tong Dah Mula Minat Membaca
SIARAN OLEH Shiqah April 15, 2019 Lisan , Penulisan , Pendengaran , Pertuturan

Masa mula-mula Yu Tong masuk KLC ni umur dia baru 5 tahun.

Masa mula-mula Yu Tong masuk KLC ni umur dia baru 5 tahun. Sebenarnya nenek dia datang KLC ni sebab tengah survey untuk abang dia. Lepas borak-borak tu baru saya dapat tahu yang abang Yu Tong ni sebenarnya belajar kat pusat Bahasa lain dan perlu habiskan program tu dalam masa lagi setahun macam tu. Masa tu saya terus cuba tarik perhatian nenek dia dan bertanyakan mengenai Yu Tong. Mungkin Yu Tong juga perlukan kelas untuk belajar asas Bahasa Inggeris.

Nenek Yu Tong ni memang peramah sangat dan mula bercerita mengenai kanak-kanak comel ni (Yu Tong). Beliau pun dah pernah cerita dah pasal benda (asas Bahasa Inggeris) ni kat ibu bapa Yu Tong tapi boleh nampak yang nenek dia ni memang bersungguh lah nak bagi peluang kat Yu Tong untuk cuba. Lepas dengar penerangan dari saya, beliau terus keluarkan duit simpanan untuk Yu Tong mulakan kelas di KLC.

Tapi...walaupun lepas beberapa bulan, Yu Tong tak menunjukkan peningkatan yang baik. Dah hampir 60 kelas dia datang tapi dia masih pada Level 1 atau baru nak mula Level 2 masa tu. Selalunya yang hantar Yu Tong ke KLC ni mak dia, tapi ada satu hari tu nenek dia yang datang hantar. Saya masa tu memang dah bersedia dah nak cakap apa dengan nenek dia. Saya terus berjalan ke kereta beliau dan masa kitorang bertentang mata jee…..

Saya nampak nenek Yu Tong tersenyum gembira dan cerita yang Yu Tong dah tunjukkan peningkatan berbanding sebelum ni. Beliau bagitahu saya satu cerita. Adalah satu hari tu Yu Tong masa keluar jalan-jalan, dia cuba sedaya upaya nak “blend word”. Tak kira kat mana pun. Kat tempat letak kereta ke, banner dan juga bila dia nampak tulisan pada baju. Yang seronoknya, dia dah mula pandai bacakan buku cerita untuk adik perempuan dia. Bukan tu je tauu! Kadang-kadang tu siap berlakon jadi cikgu lagi. Hehehe. 

Dan nenek Yu Tong pun ada bagitahu saya, beliau suruh saya ingatkan semula bila ada “topup promotion” sebab dia nak guna duit simpanan dia untuk itu juga.

Sekarang ni Yu Tong memang dah tunjukkan banyak sangat peningkatan dan saya sendiri pun gembira tengok perubahan dia apatah lagi nenek serta keluarga dia yang lain.

Yu Tong ni memang TERBAIK lah! Usaha tangga kejayaan! - Stanley

ARTIKEL YANG DISYORKAN

Your Browser Does Not Support !

Upgrade to Chrome Upgrade to Edge