Persediaan Bagi Cambridge English Qualifications Memberi Motivasi Kepada Pelajar

Persediaan Bagi Cambridge English Qualifications Memberi Motivasi Kepada Pelajar
SIARAN OLEH shiqah September 05, 2019 Lisan , Penulisan , Pendengaran , Pertuturan

Melalui kajian yang dilaksanakan dilakukan kepada guru bahasa Inggeris pada peringkat global, persediaan bagi kelayakan peperiksaan Cambridge bukan sahaja meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris pelajar malah turut memberi motivasi serta keyakinan yang tinggi. 

Cambridge Asessment English telah mengumpulkan hasil kajian daripada 5,789 guru dan pengetua sekolah di 109 negara untuk melihat secara terperinci pengalaman mereka dalam Cambridge English Qualifications.

Satu set ujian bahasa Inggeris yang khusus telah direka untuk membantu para pelajar mengembangkan kemahiran komunikasi yang lebih efektif. 

Hasil kajian tersebut menunjukkan dengan jelas kesan positif kelayakan ini dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. 95% responden bersetuju bahawa persediaan untuk menduduki Cambridge English Qualifications telah meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris pelajar mereka.

Pada masa yang sama, 86% melaporkan bahawa persediaan untuk Cambridge English Qualifications memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada pelajar mereka dan 90% bersetuju bahawa ia turut meningkatkan motivasi pelajar. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa motivasi adalah antara faktor yang paling penting dalam proses pembelajaran bahasa.

Pengetua Sekolah di Cambridge Assessment English, Guy Chapman berkata, Cambridge English Qualifications direka untuk membantu belajar bahasa Inggeris dan membuktikan kemahiran mereka kepada dunia. 

"Maklum balas yang kami perolehi dari lebih 5,000 guru dan pemimpin sekolah mengesahkan bahawa Cambridge English Qualifications benar-benar membantu sekolah untuk meningkatkan bahasa Inggeris pelajar mereka dan memberi mereka kemahiran bahasa Inggeris yang diperlukan sepanjang persekolahan dan kehidupan mereka," tambahnya. Chapman.

Kebanyakan responden bersetuju bahawa mereka meningkatkan piawaian pengajaran, menyediakan kurikulum yang jelas, serta penyediaan banyak bahan-bahan sokongan untuk guru. 

KLC turut menyediakan program bagi persediaan Cambridge English Qualifications melalui program Treasure Box. Ia merangkumi 3 peringkat kemahiran bahasa Inggeris iaitu :

1) Starters

2) Movers

3) Flyers

Tekan ikon whatsapp di bawah untuk dapatkan sesi penilaian bahasa Inggeris PERCUMA!


 

ARTIKEL YANG DISYORKAN

ARTIKEL TERKINI

---
---

October 11, 2019

English language skills
English language skills

September 30, 2019

reading lifetime
reading lifetime

September 27, 2019

listening skill
listening skill

September 27, 2019

SHARE

Your Browser Does Not Support !

Upgrade to Chrome Upgrade to Edge