Tiada Istillah Terlambat Untuk Menuntut Ilmu. Mulakan Sekarang!

Tiada Istillah Terlambat Untuk Menuntut Ilmu. Mulakan Sekarang!
SIARAN OLEH Shiqah January 28, 2019 Lisan , Penulisan , Pendengaran , Pertuturan , Berita

Tiada istillah terlambat dalam menuntut ilmu. Lebih-lebih lagi menuntut ilmu untuk menambahkan kemahiran serta kebolehan diri. Bak kata pepatah melayu, menuntut ilmu biarlah sampai ke negeri Cina yang bermaksud tuntutlah ilmu sebanyak mana & sejauh mana kamu boleh pergi.

Menurut satu artikel yang di tulis di Star Media Group, Pengarah dan Pengasas Thong Thye Siang (TTS) Sdn Bhd, Lim Pay Kaon berkongsi tentang kejayaannya dalam bidang yang diceburi selepas menyedari tentang kepentingan penguasaan Bahasa Inggeris dalam komunikasi.

Beliau berkata, dia mula menyedari tentang kepentingan komunikasi dalam Bahasa Inggeris apabila beliau berusia 30 tahun. Sejak dari itu beliau berusaha mempelajari Bahasa Inggeris dengan inisiatifnya sendiri lalu tekad untuk berpindah ke Kuala Lumpur untuk memperluaskan perniagaannya. Ternyata tindakannya itu membuka lebih banyak peluang untuk meningkatkan lagi ekonomi syarikatnya. 

Kini beliau telah menyumbang lebih RM6 juta untuk perlaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sejak syarikatnya ditubuhkan pada tahun 2007.

"Kadang-kadang saya perlu berkomunikasi dengan wakil dari syarikat antarabangsa. Jadi, saya merasakan bahawa saya perlu belajar Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan lebih baik."

"Apabila anda boleh berkomunikasi dengan baik bersama orang lain, ternyata anda akan sedar bahawa terdapat banyak perbezaannya. Walaupun Bahasa Cina juga sangat penting pada hari ini, Bahasa Inggeris adalah suatu kemahiran yang wajib ada dalam kalangan masyarakat kita." jelas Lim.


Tambah beliau lagi, standard atau tahap Bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat kita kini semakin merosot. Lebih-lebih lagi bagi graduan baru yang ingin mencari pekerjaan. Kebanyakkan daripada mereka cemerlang dalam akademik tetapi tidak atau kurang kemahiran dalam berkomunikasi. 

Perkongsian pengalaman di atas jelas menunjukkan bahawa pentingnya kemahiran Bahasa Inggeris untuk berkomunikasi dengan orang luar terutamanya dalam soal perniagaan dan pekerjaan.


Jadi, apa kata anda tanya diri anda. Sudahkah anak anda bersedia untuk berhadapan dengan pelbagai cabaran serta persaingan sengit pada masa akan datang? Jika dilihat sekarang ini pun ramai graduan tidak mendapat pekerjaan walaupun mempunyai sijil di peringkat tertinggi. 

Persediaan awal anak anda untuk mahir Bahasa Inggeris bukan sahaja mampu meningkatkan keyakinan diri mereka untuk berkomunikasi tetapi juga berpeluang untuk menceburi pelbagai bidang contohnya dalam pengucapan awam, pengacaraan, lakonan dan sebagainya

Kami di KLC sedia membantu anak anda untuk menguasai asas Bahasa Inggeris dalam waktu yang singkat. 

Anda boleh ke cawangan berdekatan atau inbox kami untuk sebarang keterangan lanjut mengenai program di KLC.

 

 

 

ARTIKEL YANG DISYORKAN

Your Browser Does Not Support !

Upgrade to Chrome Upgrade to Edge