Penting Ke Kaedah Membaca & Mengeja Yang Betul?

Penting Ke Kaedah Membaca & Mengeja Yang Betul?
SIARAN OLEH Shiqah March 05, 2019 Lisan , Penulisan , Pendengaran , Pertuturan

Kepada ibu bapa diluar sana, mengajar anak untuk membaca & mengeja adalah satu proses yang perlu kita lalui. Walaupun kita faham tentang kepentingan untuk kanak-kanak menguasai teknik membaca & mengeja, kita mungkin tidak benar-benar faham tentang asas kemahiran sesuatu bahasa. 

Tidak dinafikan, membaca adalah satu-satunya formula untuk meningkatkan tatabahasa. Ia juga merupakan kaedah terbaik untuk memperluaskan lagi perbendaharaan kata, sekali gus menabahkan ilmu pengetahuan.

Statistik juga membuktikan, pelajar yang tidak dapat membaca dengan baik, tidak akan dapat menggunakan kreativiti mereka untuk menulis dengan baik.

Ada juga situasi dimana pelajar yang boleh mendapat markah cemerlang dalam peperiksaan tidak dapat berkomunikasi dengan baik. 

Jadi apa pandangan anda tentang pendekatan terbaik untuk asas kemahiran mengeja? Adakah anda rasa kaedah atau teknik menghafal perkataan yang digunakan pada masa anda dulu masih ekektif untuk digunakan pada hari ini?

Kita perlu fikir cara yang terbaik dan berkesan untuk membantu mereka kerana ia akan menjejaskan perluasan ilmu pengetahuan yang sedang bergerak sangat pantas.

Anda mungkin ketinggalan. Idea atau kaedah lama yang memperkenalkan satu perkataan sehari tidak lagi relevan. Malah ia melambatkan proses pembelajaran mereka.

Semuanya terletak di tangan anda untuk berikan mereka kunci atau "Master Key" untuk membuka peluang masa hadapan yang lebih terjamin. 

Inilah masanya untuk buka minda anda dan mencari kaedah terbaik untuk perkukuhkan #asas #bahasa #inggeris. 
#KLC tiada apa yang boleh menghalang mereka untuk yakin bertutur & berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

ARTIKEL YANG DISYORKAN

Your Browser Does Not Support !

Upgrade to Chrome Upgrade to Edge