“Jangan tuding jari kepada sesiapa”

 “Jangan tuding jari kepada sesiapa”
SIARAN OLEH Shiqah April 19, 2019 Lisan , Penulisan , Pendengaran , Pertuturan

Baiklah. Harini saya nak terus sambung daripada cerita yang saya kongsi semalam.

Selepas saya dan suami setuju hantar anak di KLC, kami pun bincang mengenai jadual kelas.

Yang bestnya kelas kat KLC ni, jadual kita boleh pilih tau. Sangat fleksibel. Tapi mestilah bergantung pada availability atau kekosongan pada waktu tersebut.

Memandangkan anak saya kena pergi sekolah agama pada waktu petang, saya decide nak hantar dia hari Sabtu. Sebab taknak lah dia terlalu penat lepas sekolah siang tu malam nak pergi kelas lagi. Kesian pulak.

Sebelum ni memang anak saya langsung tak pernah pergi mana-mana kelas tambahan atau untuk lebih jelas lagi, saya tak pernah hantar dia ke kelas semata-mata untuk belajar Bahasa Inggeris.

Oh! Izinkan saya nak flashback sikit lagi boleh? Semalam lupa nak cerita. Sebenarnyakan, masa tengah borak-borak dengan konsultan program KLC masa hari pertama kami datang KLC tu, banyak betul dia terangkan kesan kalau anak kita ni tak mahir asas Bahasa Inggeris. Kalau ikut mata kasar kita sekarang ni, kita nampak apa yang berlaku sekarang je. Tapi kita tak fikir masa depan.

Beliau (konsultan program) pun ada beritahu saya dan suami berkenaan masa emas kanak-kanak (golden time age) yang sangat kritikal. Bila dia cakap satu-satu kenapa kita perlu beri perhatian kat anak kita serta kesan-kesan kalau kita terleka sekarang ni, betul-betul buat saya rasa bimbang.

Saya ada juga tanya pada beliau, adakah saya dah terlambat? Beliau kata “tiada istillah terlambat kalau kita ingin ubah”. Saya tahu mungkin ibu bapa yang baca ni ada seribu satu situasi yang berbeza daripada saya. Tapi pucuk pangkalnya tetap masa depan anak kita kan.

Budak ni kita tengok je harini dia kecik, esok lusa besar dah dia. Anak kita cepat membesar. Jadi nak pastikan masa-masa mereka kecil nil ah kita nak didik dia betul-betul. Jangan nanti bila mereka besar dan tidak setaraf dengan kanak-kanak lain, kita nak marah mereka pula.

Cuba tanya diri kita dulu, betul ke cara kita, betul ke didikan kita ni? Satu jari kita tuding kepada orang lain, 9 lagi jari kearah kita.

Okaylah, berbalik semula kepada KLC tadi. Ni yang seronok nak cerita! Hari pertama kelas di KLC, alhamdulillah Daniel balik dengan keadaan ceria! Saya pun bersyukur sangat hari pertama dia di KLC berjalan dengan lancar. Cikgu di KLC pun ada berjumpa saya selepas habis kelas. Dan beri penjelasan tentang apa yang anak saya belajar harini.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu. Saya dah mula nampak perubahan Daniel. Bila saya ajak pergi kedai buku nak beli buku, dia terus kata “Jom mama!” Saya gembira sangat. Apalah agaknya rahsia cikgu-cikgu kat KLC ni ye. Hehehe

Walaupun dia tak boleh bertutur sendiri dengan baik, tapi bacaan dia dah semakin lancar. Pernah tak rasa bila tengok anak seronok belajar, kita rasa tak kesah nak berhabis duit banyak mana pun nak beli buku dia. Rasa tak berkira langsung. Cuba kalau mintak nak beli mainan ke game ke, memang tak dapatlah jawabnya.

Guru-guru di KLC memang sangat profesional dan penyayang dalam masa yang sama. Saya tengok anak saya selesa sangat bila datang belajar di KLC. Bukan guru je best, persekitaran serta fasiliti di KLC juga selesa tau. Kalau ada masa tu saya saja tunggu sampai anak habis kelas dalam centre. Ibu bapa nak tunggu pun selesa. Ada sofa, ada ruangan membaca. Yang penting bersih.

Banyak lagi saya nak cerita tentang perkembangan anak saya belajar di KLC dan saya sebagai ibu pun dapat tahu banyak perkara tentang anak saya sejak menyertai KLC.

Saya pasti perkongsian saya pada episod seterusnya akan membuka mata dan minda anda sebagai ibu bapa kenapa pentingnya untuk pupuk MINAT anak terlebih dahulu.

Nantikan episode seterusnya!

Stay tuned!  

ARTIKEL YANG DISYORKAN

Your Browser Does Not Support !

Upgrade to Chrome Upgrade to Edge