Peperiksaan Bahasa Inggeris Cambridge Mampu Tingkatkan Motivasi dan Membina Keyakinan Diri

Peperiksaan Bahasa Inggeris Cambridge Mampu Tingkatkan Motivasi dan Membina Keyakinan Diri
SIARAN OLEH shiqah January 31, 2019 Lisan , Penulisan , Pendengaran , Pertuturan

Dengan adanya sijil pengiktirafan bagi Peperiksaan Bahasa Inggeris Cambridge bukan sahaja mampu memberi motivasi atau meningkatkan semangat untuk belajar, malah turut meningkatkan keyakinan diri serta mereka.

 

1) Penanda aras di peringkat antarabangsa

Cambridge English Qualification atau Kelayakan Bahasa Inggeris Cambridge digunakan di seluruh dunia sebagai penanda aras kebolehan dan kemahiran Bahasa Inggeris dalam pendidikan serta asas penguasaan Bahasa.

 

2) Platform untuk belajar Bahasa Inggeris, langkah demi langkah

Belajar bahasa Inggeris adalah lebih daripada soal peperiksaan dan gred. Ia merupakan tentang keyakinan untuk berkomunikasi, menambah pengalaman serta membuka lebih banyak peluang dalam hidup. Selain itu, ia turut menjadikan pembelajaran Bahasa Inggeris ini menyeronokkan dan berkesan.

 

3) Direka khas untuk pelajar

Semua tugasan dalam Cambridge English Qualifications adalah berdasarkan keadaan sebenar dan menguji keempat-empat kemahiran yang terdiri daripada bertutur, menulis, membaca dan mendengar. Kemahiran yang mereka miliki ini semestinya akan digunapakai dalam kehidupan seharian mereka. 

 

4) Tidak sama seperti peperiksaan Bahasa Inggeris di sekolah

Apabila membuat perbandingan antara peperiksaan Bahasa Inggeris Cambridge atau Cambridge Exam dengan ujian di sekolah biasa, 79 % mengatakan Cambridge Exam adalah lebih sukar, tetapi 66 % daripadanya menyukai format kertas peperiksaan tersebut.

 

5) Menyeronokkan dan memberi motivasi

Ada sesetengah pelajar yang menganggap ujian atau peperiksaan semestinya susah. Jadi penting untuk kita latih dan berikan galakan kepada mereka tentang keseronokan dan kepuasan apabila mencapai keputusan cemerlang dan bukan menakutkan mereka dengan kegagalan.

 

6) Dinilai sendiri oleh wakil daripada University of Cambridge

Ramai ibu bapa yakin menghantar anak mereka untuk menduduki Peperiksaan Cambridge kerana ia dinilai sendiri oleh wakil dari University of Cambridge.

 

7) Diiktiraf dan digunapakai di seluruh dunia

Kelayakan Peperiksaan Bahasa Inggeris Cambridge diiktiraf di seluruh dunia. Pelajar akan dapat menggunakannya untuk memohon pekerjaan serta kemasukan ke universiti antarabangsa.

 

ARTIKEL YANG DISYORKAN

Your Browser Does Not Support !

Upgrade to Chrome Upgrade to Edge