Bagaimana Nak Tarik Minat Anak Untuk Belajar?

Bagaimana Nak Tarik Minat Anak Untuk Belajar?
SIARAN OLEH Shiqah December 03, 2019 Lisan , Penulisan , Pendengaran , Pertuturan , Berita

-

Anak-anak kita sekarang ini lebih suka bermain dengan gadget seperti iPad, tablet, dan suka bermain games di komputer. Mereka juga lebih tertumpu pada media-media sosial seperti facebook, twitter, instagram dan sebagainya.

Kalau keadaan ni berterusan, macam mana nak suruh anak kita belajar dan ulangkaji pelajaran kan? Bila kita suruh buka buku belajar macam suruh pergi bertarung nyawa pulak kan?

Macam-macam alasan mereka bagi. Kejap lahh, nantilahh. Sampaikan kita sebagai ibu ayah pun pening nak suruh dan tak tahu macam mana nak pujuk. Kalau terus paksa pun belum tentu apa yang mereka belajar tu betul-betul masuk dalam kepala mereka kan?

Tapi jangan lah anda putus asa. Kita cuba kaedah dan pendekatan lain pula. Apa kata kita ubah pendekatan supaya anak kita lebih teruja nak belajar dan ulangkaji? Jadikan sesi belajar tu lebih menarik dan seronok!

 

1. MEMBUAT JADUAL BELAJAR

Anak kita perlukan jadual belajar yang terancang. Beritahu anak kita awal-awal masa sekian-sekian adalah masa untuk  mereka belajar dan ulangkaji pelajaran. Pastikan anak kita setuju dengan masa yang ditetapkan.

Janganlah bagi masa yang tak masuk akal, seperti jam 2.30 petang padahal mereka baru pulang dari sekolah pada jam 1.45 petang. Makan, mandi, solat, dah kena belajar semula. Takde masa rehat pun untuk mereka. Bertimbang rasalah sedikit dan bagi anak kita rehat dahulu. Mungkin boleh aturkan masa pada waktu malam. Selepas buat kerja sekolah tu, luangkan masa dalam 30 minit pun okay dah untuk belajar benda baru.

 

2. TEMPAT BELAJAR YANG SELESA

 

Pastikan anak kita ada tempat yang spesifik untuk belajar sahaja. Meja yang besar untuk mereka buat kerja sekolah, dan kerusi yang selesa untuk mereka duduk. Selain itu, sediakanlah juga keadaan sekeliling yang selesa untuk mereka belajar. Kalau selesa dan menyeronokkan mesti mereka takda alasan untuk malas belajar kan?

Tak semestinya perlu ruang yang besar, cukuplah selesa untuk sesi pembelajaran.

 

3. REWARD SELEPAS HABIS BELAJAR

Ini adalah bagi anak yang liat sangat nak belajar. Tanya anak kita, apa yang mereka nak buat. Contohnya, kalau mereka cakap nak main game, jadikan game itu sebagai reward. Beritahu anak kita, mereka akan dapat main game setelah siap kerja sekolah ataupun setelah ulangkaji selama sejam.

Biarlah reward itu apa yang mereka suka. Tapi, jangan buat selalu sebab kita nak juga ajar mereka supaya belajar dengan rela hati, dan bukannya disebabkan ganjaran. Sekurang-kurangnya dapatlah juga mereka belajar sikit dari membazir masa macam tu je kan?

 

4. TEMAN ANAK BELAJAR

 

Ada baiknya ibu ayah teman anak belajar. Bagi semangat pada anak untuk terus berusaha. Selain itu, kalau ada sesuatu yang anak kita tak faham, bolehlah mereka tanya kita tentang subjek yang di belajar. Jangan pula bila anak tanya banyak kali kita nak naik marah. Kadang-kadang mereka kurang faham. Beri mereka contoh yang mudah untuk mereka faham. Kalau mereka rasa seronok bila kita ajar, mesti dorang nak belajar lagi tau.

 

5. HADKAN MASA BELAJAR

Anak kita tak boleh belajar lama-lama. Kalau otak mereka dah penat, ilmu dah tak boleh nak diserap lagi. Pastikan anak kita mendapat 10 minit rehat bagi setiap sejam mereka belajar. Durasi yang sesuai juga penting. Biasanya kalau kanak-kanak yang umur lebih dari 7 tahun mungkin fokus mereka boleh lama sedikit dari mereka yang bawah 7 tahun.

ARTIKEL YANG DISYORKAN

Your Browser Does Not Support !

Upgrade to Chrome Upgrade to Edge