7 Tip Pelajar Fokus Di Dalam Kelas

7 Tip Pelajar Fokus Di Dalam Kelas
SIARAN OLEH Shiqah January 16, 2019 Lisan , Penulisan , Pendengaran , Pertuturan

Tumpuan pelajar di dalam kelas penting untuk sesi pembelajaran yang sempurna. Ini kerana jika pelajar tidak dapat memberi fokus ketika di dalam kelas, ada kemungkinan mereka akan ketinggalan dalam pelajaran sekaligus akan mula rasa tidak minat dan malas untuk belajar.

7 Tip Supaya Pelajar Fokus Ketika Di Dalam Kelas

 

1) Hubungan baik antara murid dan guru

Hubungan antara guru dengan pelajar  perlulah akrab dan terbuka.  Perkara ini penting untuk mewujudkan silaturrahim yang baik sekaligus menimbulkan rasa minat dan selesa bersama dengan guru. Justeru itu, pelajar dapat memberi fokus ketika di dalam kelas kerana mereka menghormati & mendengar arahan daripada guru.

 

2) Interaksi dua hala

Komunikasi dua hala amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Komunikasi dua hala bermaksud interaksi atau komunikasi daripada dua pihak iaitu disamping guru mengajar, anak perlulah berinteraksi untuk mengelakkan tidak fokus dan untuk lebih memahami sesuatu pelajaran tersebut. Dengan adanya komunikasi dua hala, masalah tidak fokus dalam kelas dapat diatasi.

 

3) Tunjukkan sikap positif

Sikap positif juga boleh ditonjolkan ketika berada di dalam kelas iaitu dengan cara memberikan sepenuh perhatian kepada guru yang tengah mengajar, mengangkat tangan untuk bertanya soalan, tidak bercakap ketika guru mengajar dan lain-lain lagi.

 

4) Penghargaan dan pujian

Penghargaan juga amat penting untuk memotivasikan anak-anak dan meningkatkan usaha mereka dalam bidang pelajaran.  Contohnya di KLC pelajar boleh mengumpul mata untuk kelakuan yang baik ketika dalam kelas dan boleh ditebus dengan hadiah. Cara ini dapat adalah menaikkan semangat dan motivasi mereka untuk belajar.

 

5) Memberi gambaran dan impian pelajar

Tanya pelajar tentang cita-cita setelah dewasa nanti. Apa yang ingin mereka capai. Justeru itu, guru dapat mendorong pelajar supaya belajar dengan bersungguh-sungguh untuk capai impian tersebut.

6) Keadaan tempat & suasana kelas yang selesa

Cara atasi pelajar tidak fokus dalam kelas juga adalah dengan memastikan keadaan tempat belajar dalam keadaan selesa.  Selesa bermaksud kondusif dan selamat.  Tempat belajar perlulah sentiasa bersih, aman dan tiada gangguan masalah-masalah fizikal seperti lampu rosak menyebabkan terpaksa belajar dalam gelap, masalah gangguan bunyi dan sebagainya.  Peralatan yang digunakan seperti kerusi, meja dan lain-lain lagi haruslah berada dalam keadaan yang baik.

 

7) Sertai program di KLC

Di KLC kami amat mementingkan fokus & perhatian pelajar ketika di dalam kelas. Kita hanya menempatkan 4 orang pelajar sahaja dalam satu kelas pada setiap masa. Bilangan belajar yang lebih kecil turut memberi impak kepada tumpuan mereka di dalam kelas. Persekitaran yang kondusif, guru yang berpengalaman dan mesra menjadi keistimewaan KLC.

 

ARTIKEL YANG DISYORKAN

Your Browser Does Not Support !

Upgrade to Chrome Upgrade to Edge